Saturday, July 11, 2009

Lemah dalam mempelbagaikan teknik bacaan.

Setiap bahan bacaan mempunyai berbagai gaya bacaan yang tertentu. Kita semua tentu pernah melihat pemberita membacakan berita, kita juga pernah melihat pencerita bercerita, kita juga pernah melihat bagaimana orang berceramah. Setiap gaya bacaan dan penyampaian berbeza amat ketara sekali.

Adalah penting bagi pelajar dan penuntut mengetahui jalan atau gaya bahasa ketika membaca. Contohnya perbezaan ketika membaca rujukan, surat khabar dan kisah-kisah di dalam buku. Jika pelajar dan penuntut membaca dengan gaya bahasa yang telah dianjurkan memudahkan penghayatan terhadap ilmu pembelajaran yang ingin dingati.

Lemah / lembab dalam bacaan.

Adalah menjadi amalan sesetengah pelajar dan penuntut membaca terlalu perlahan. Ini bukan bermaksud perlahan suara tetapi kelajuan bacaan sesuatu bacaan terlalu perlahan menyebabkan bacaan pelajar dan penuntut lambat dan tidak sesuai dengan proses pembelajaran yang banyak dan padat dengan isi-isi penting.

Bacaan yang lambat juga akan menyebabkan pelajar dan penuntut ketinggalan untuk mengingati isi-isi penting yang lain yang menjadi kebiasaan proses pembelajaran sekarang yang mempunyai isi-isi pembelajaran yang banyak dan perlu menghasilkan kajian, bahas, taqrir, maqalah dan sebagainya. Ini memerlukan kemahiran membaca dengan baik kerana pelajar dan penuntut perlu mencari bahan rujukan. Kemahiran membaca dengan baik sahaja akan membuat pelajar dan penuntut dapat mengahabiskan bacaan bahan rujukan yang begitu banyak dan berkesan.

Kelemahan menyalin nota.

Kelemahan ini adalah bersangkutan dengan kelemahan yang sebelumnya. Jika pelajar dan penuntut mempunyai masalah dalam kemahiran mendengar maka pelajar dan penuntut tersebut akan mempunyai masalah dalam menyalin nota. Kedua kemahiran ini perlu seiring dalan menjalankan tugas mereka jika tida seiring nota yang ditulis tidak akan lengkap.

Ada sesetengah pelajar dan penuntut mempunyai kemahiran mendengar tetapi mempunyai kelemahan dalam menulis nota menyebabkan notanya tidak lengkap walaupun isi-isi penting masih diingati dalam proses pembelajaran tadi. Perkara tersebut adalah lebih baik daripada tidak mempunyai kemahiran mendengar langsung.

Dengan itu perlulah diasuh kemahiran ini untuk mempertingkatkan lagi mutu kefahaman dan penulisan isi-isi ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Walaupun terasa janggal pada mulanya perlulah dingatkan “berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian”.

Kelemahan kemahiran mendengar.

Masalah ini banyak berlaku pada pelajar dan penuntut. Maksud kemahiran mendengar bukanlah bererti dapat mendengar dengan baik dan menghafal semua syarahan guru atau mengingati semua proses pembelajaran.

Kemahiran mendengar adalah pelajar dan penuntut mampu mendengar dengan baik dan dapat mengelaskan isi-isi penting dalam proses pembalajaran. Jika pelajar dan penuntut dapat mengelas isis-isi penting seterusnya dapat mengingati dengan baik isi-isi tersebut menunjukan kemahiran mendengar yang dimiliki pelajar dan penuntut tersebut adalah baik.

Ini adalah penting kerana ketika proses pengajaran oleh guru ataupun pensyarah kerana selain daripada menyalin nota kita juga mengingat kembali bayangan is-isi penting yang yang disampaikan. Ingatlah sesungguhnya pelajar dan penuntut takkan mampu mengingati kesemua proses pembelajaran kecuali isi-isi penting yang diperlukan sahaja.