Thursday, June 25, 2009

PEMILIHAN TEMPAT/ KETIKA PROSES PEMBELAJARAN BERLAKU

Antara faktor kejayaan mengingat fakta ataupun pembelajaran yang telah disampaikan oleh guru atau pensyarah adalah faktor pemilihan tempat. Tempat yang tidak sesuai seperti tempat yang bising menyebabkan tumpuan terhadap bahan bacaan kurang memuaskan ataupun tidak dapat diingati langsung penglihatan, pengdengaran dan pemikiran tertarik ke arah kebisingan tersebut.
Tempat perlulah sesuai dengan suasana pembelajaran, ulangkaji ataupun ujikaji yang dijalankan. Jika tempat tersebut adalah sesuai akan menambahkan daya ingatan serta menjuruskan pemikiran kita ke arah pembelajaran. Tempat yang sesuai juga akan menyebabkan penghayatan kita terhadap ilmu yang dipelajari semakin mendalam dengan tanpa gangguan.

PEMILIHAN WAKTU ATAU JADUAL

Masa itu emas. Masa juga adalah ibarat pedang yang dapat memotong sesuatu kemahuan kita iaitu kejayaan yang kita akan kecapi jika kita tidak menguruskan masa dengan baik.
Pelajar dan penuntut yang menggunakan sistem jadual yang yang mempunyai masa untuk belajar mencukupi akan membolehkan pelajar dan penuntut menguasai pelajaran tersebut dengan berkesan. Amatlah penting pelajar dan penuntut mematuhi segala masa/pelajaran yang telah ditentukan di dalam jadual.
Pemilihan waktu juga penting bagi membolehkan pelajar dan penuntut mengetahui potensi waktu yang sesuai untuk belajar. Jika perlu waktu pagi adalah waktu yang sesuai bagi proses pengajaran kerana waktu pagi adalah waktu yang segar untuk ingatan dan akal seseorang. Tetapi tidak dinafikan juga ada yang mempunyai potensi mengingat memahami dan menguasai pelajaran pada sebelah malam dan juga waktu-waktu lain.
Oleh itu adalah penting pelajar dan penuntut perlu mengetahui waktu pembelajaran yang sesuai dan potensi dirinya memahami dan menguasai pada waktu pembelajaran tersebut.

TIDAK BERSEDIA KE SEKOLAH, KULIAH ATAU INSTITUISI

 Tidak bersedia ke sekolah, ke kuliah, ke instituisi.

Pelajar dan penuntut juga perlu bersedia ke sekolah, kuliah dan instituisi pendidikan. Kesediaan ini adalah amat penting memastikan setiap pengajaran diambil, dicatat, diingati dan dapat di keluarkan kembali ataupun diterangkan kembali kepada orang lain ataupun diri kita sendiri. Jika tidak berada dalam keadaan bersedia akan menyusah pelajar dan penuntut mengikut proses pengajaran yang berlaku. Perkara ini juga akan berulang pada hari seterusnya kerana setiap pelajaran itu bersangkutan di antara satu bab ke satu bab yang lain.
Ini bermakna setiap pelajar dan penuntut perlu bersedia menguasai sepenuhnya pengajaran dalam kelas dan kuliah yang dihadiri.

UNSUR-UNSUR KEGAGALAN MURID DAN PELAJAR

Pelajar gagal adalah perkara yang sememangnya tidak suka didengari oleh semua golongan termasuk ibubapa mereka sendiri. Perkara ini terjadi kerana masalah yang pelbagai. antaranya yang di kupas dalam permasalahan ini adalah..........=

 Tidak berminat dalam pembelajaran.

Ada diantara murid-murid, pelajar dan penuntut tidak sukakan pelajaran. Ini bermakna ini tidak mahu menjadi seorang terpelajar dan terdidik. Ini adalah masalah yang paling kritikal yang perlu ditangani oleh pelbagai pihak terutama orang yang paling hampir dan akrab iaitu ibu bapa, guru dan rakan-rakan. Jika gagasan ini bersatu mengajak, mentarbiah, memerhati serta yang memberi tunjuk ajar yang betul akan membuahkan hasil yang baik.
Perkara yang utama dalam membentuk minat pelajar dan penuntut adalah daripada ibu bapa sendiri. Ia perlu di pupuk dari kecil ibarat pepatah melayu, “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Jika ibu bapa leka dalam memupuk minat tersebut akan menyebabkan kurang minat dalam diri pelajar apabila mula ke intituisi pendidikan kelak.

PENTINGKAH BELAJAR KEMAHIRAN BELAJAR?....................

Semua murid-murid, pelajar dan penuntut mahukan kejayaan dalam pelajaran mereka. Kemahuan itu sudah pun berada dalam hati mereka ketika di sekolah rendah, menengah hinggalah keperingkat pengajian tinggi. Sesiapa sahaja inginkan, impikan kejayaan walaupun mereka merasakan susah ataupun mustahil bagi mereka mengecapi kejayaan tersebut. Ini bermakna kesemua warga pendidikan mahukan kejayaan yang bermakna dan setimpal dengan kesungguhan mereka dalam pembelajaran.

Akan tetapi ramai daripada murid-murid, pelajar dan penuntut dapat mengecapi kejayaan dan mencapai tahap kejayaan yang diinginkan dan ada sebahagian daripada mereka tidak mencapai kejayaan yang telah diusahakan dan ada juga yang berusaha sedikit tetapi memperolehi kejayaan yang tidak diduga oleh kita semua.

Inilah yang akan dibentangkan dalam buku ini dengan menggunakan bahasa melayu kontemporari dan mudah difahami oleh semua golongan. Sekiranya ada komentar akan diterima untuk memperbaiki pandangan penulis yang alpa dengan kesilapan.