Friday, July 17, 2009

Keperluan kemahiran menggunakan perpustakaan.

Tidak dapat tidak pelajar dan penuntut perlu mengetahui cara-cara menggunakan perpustakaan. Misalnya :-
I. Mengetahui waktu operasi perpustakaan.

II. Mengetahui sis tem pinjaman buku.

III. Mengetahui kandungan rak-rak yang mengandungi apa jenis buku.

IV. Mengetahui kemudahan dalam perpustakaan.

Keperluan kemahiran bacaan.

Keperluan adalah amat penting iaitu:-
I. Kemahiran membaca cepat tanpa penerangan isi-isi penting untuk mengetahui secara keseluruhan pembelajaran.

II. Kemahiran membaca dan mengenal isi penting. Perlu diingatkan pada pemikiran pelajar dan penuntut adalah di mana isi penting?, bagaimana mengenalinya?, serta tujuan dicungkilkan isi tersebut.

III. Kemahiran membaca buku rujukan / muqarrar iaitu dengan memilih tajuk yang telah ditetapkan sahaja. Apa yang yang penting juga adalah mengetahui jawapan yang diperlukan mengikut garis panduan. Gaya jawapan yang dikehendaki soalan juga adalah penting mengikut kehendak soalan.

Keperluan mengetahui adat pembelajaran yang betul.

Pelajar dan penuntut mestilah mengetahui adat pembelajaran yang betul iaitu perlu mengetahui alat yang dapat mengingatkan isi penting dalam proses pembelajaran. Jangan pula pelajar dan penunutut hanya membaca tanpa perlu membezakan isi-isi penting. Ini adalah amatlah merugikan.

Keperluan mengetahui pembelajaran yang akan dipelajari (konsep).

Pelajar dan penuntut yang belajar tidak mengetahui konsep sesuatu pelajaran. Bagi pelajaran matematik pelajar dan penuntut perlu mengetahui konsep pernambahan, penolakkan serta bahagi. Begitu juga sains yang mempunyai konsep tersendiri.
Contohnya bagi pelajaran lain juga seperti ilmu Kanun. Di mana pelajar belajar tetapi tidak mengetahui konsep atau asal pembelajaran kanun. Di mana ia akan dipraktikan serta tujuan ia dilaksanakan.
Pengetahuan tentang usul pembelajaran tersebut akan membantu pelajar dan penuntut memahami dan menghayati proses pembelajaran tersebut. Ada juga diantara pelajar membaca terlalu banyak tetapi tidak mendapat natijah yang setimpal kerana tidak mengetahui konsep atau usul pembelajaran sesuatu subjek. Ada pula pelajar dan penuntut membaca sambil memahami konsep sesuatu pelajaran menyebabkan mudah memahami dan menjawap mengikut kehendak soalan.

CUBA RENUNG...........

Unsur-unsur telah pun disenaraikan satu persatu, tetapi ia bukanlah jawapan yang tepat untuk menjadikan pelajar dan penuntut berjaya sepenuhnya. Bahkan pelajar dan penuntut mempunyai kelaianan dari segi kepandaian dalam unsur-unsur tertentu sahaja. Contohnya minat pelajar dan penuntut berbeza terhadap sesuatu pembelajaran. Ada diantara mereka mempunyai minat yang mendalam, minat yang sederhana serta tidak berminat langsung.
Oleh itu keperluan yang perlu diketahui setiap pelajar dan penuntut yang berminat hinggalah kepada yang tidak berminat adalah:

JANGAN LAH MUDAH MENGALAH


JANGAN LAH MUDAH MENGALAH

UNSUR-UNSUR KEJAYAAN MURID, PELAJAR DAN PENUNTUT

Kebanyakan murid-murid, pelajar dan penuntut juga mendapat kejayaan dengan cemerlang. Apa yang telah dilakukan mereka adalah bertentangan dengan unsur-unsur yang menyebabkan kegagalan. Teruskan bacaan anda sambil mengingati unsur-unsur kegagalan tadi.

 Berminat untuk belajar dan menghasilkan ilmu baru dalam kajian.
 Bersedia ke sekolah, instituisi pendidikan.
 Memiliki sistem waktu yang berkesan/jadual.
 Pemilihan tempat bersesuaian semasa proses pembelajaran.
 Kemahiran munulis nota yang baik.
 Kemahiran membaca yang baik.
 Penggunaan perpustakaan yang maksimum.
 Menulis dengan baik, menta’bir ayat dengan kefahaman yang seiring
kemahiran mengingat.
 Penyediaan soalan-soalan membina kefahaman proses pembelajaran.
 Berkemahiran menyediakan soalan-soalan membina, menta’bir jawapan mengikut
kehendak soalan.
 Menggunakan pemangkin ingatan.
 Kemahiran menggunakan pelbagai gaya bahasa ketika mebaca untuk penghayatan
pembelajaran.
 Boleh mengurus kehidupan tanpa tekanan (kewangan / sosial ).
 Tidak mengikut rakan / budaya tidak seiring dengan kehidupan pelajar.
 Persekitaran bersesuaian dengan emosi seorang pelajar dan penuntut.
 Istiqamah dan berdisiplin.

Tidak istiqamah dan berdisiplin.

Ini adalah aspek yang terpenting jika pelajar dan penuntut mengetahui sesuatu jalan yang yang boleh menjuruskan ke arah kejayaan tetapi tidak berterusan melakukannya serta tidak berdisiplin dalam melakukan tugas sebagai seorang pelajar dan penuntut, semua yang dibentangkan tidak akan berlaku, berjaya, datang dan menghampiri pelajar dan penuntut.

Persekitaran.

Persekitaran yang di maksudkan adalah lebih berkait rapat dengan emosi pelajar dan penuntut ketika proses pembelajaran. Cuba kita bezakan keadaan membaca perpustakaan dan membaca di bilik stor. Emosi pelajar dan penuntut akan berbeza sama sekali.
Ini adalah persekitaran akan merubah emosi pelajar dan penuntut ketika proses pembelajaran. Perubahan emosi yang berlaku akan menganggu proses pembelajaran pelajar dan penunutut kecuali jika ia menjadi kebiasaan yang berpanjangan.

Ikutan.

Pengaruh rakan-rakan adalah begitu kuat bagi remaja sekarang kerana penyalahgunaan dadah yang berleluasa, ikutan budaya songsang yang menyebabkan pemikiran pelajar dan penuntut mengikut kehendak budaya yang diikuti.
Kawalan serta kerjasama yang erat dengan pelbagai pihak dapat menghapuskan pengaruh ini. Pemerhatian ibu bapa adalah yang paling penting dalam menghalang pelajar dan penuntut terpengaruh dengan ikutan yang salah

Tekanan hidup / pelajaran yang membosankan / aktiviti luar yang berlebihan.

Masalah tersebut adalah yang jarang boleh diuruskan oleh pelajar dan penuntut lebih-lebih lagi dalam keadaan remaja. Adalah lebih baik bagi pelajar dan penuntut diberi perhatian yang secukupnya untuk berjaya dalam pelajaran mereka.
Masalah ini juga boleh di atasi oleh kesungguhan penjaga pelajar dan penuntut. Keadaan tersebut perlu berbincang dengan pelbagai pihak untuk kemajuan pelajar dan penuntut.

Monday, July 13, 2009

 Lemah dalam memanipulasi / menta’bir bahasa dalam percakapan ataupun penulisan untuk membentuk soalan dan jawapan.

Adalah amat penting kemahiran mentadbir soalan, menyusun soalan dengan betul. Kepentingan lain juga adalah bagaimana menyusun jawapan mengikut kehendak soalan-soalan yang diberikan.

Kepentingan menta’bir ini juga tidak dapat dipenuhi oleh pelajar dan penuntut ketika menjawab soalan yang pelbagai. Masa akan terbuang begitu sahaja ketika menjawab soalan jika pelajar dan penuntut tidak menta’bir jawapan mengikut kehendak soalan dan mengetahui kepentingan soalan yang perlu dijawab terlebih dahulu mengikut kehendak masa yang telah ditetapkan.

Persediaan soalan-soalan dalam menambah pengetahuan dalam sesuatu pelajaran dan subjek.

Soalan-soalan adalah amat penting untuk membina kefahaman dalam proses pembelajaran. Persediaan dalam membina soalan sebelum proses pembelajaran bermula amatlah dialu-alukan.

Jika pelajar dan penuntut melemparkan soalan dalam kuliah atau kelas menunjukan komunikasi yang berkesan dengan kefahaman proses pembelajaran yang telah berlaku. Soalan-soalan juga hendak berkisarkan tentang pembelajaran tersebut. Jika soalan-soalan yang dilemparkan bukan berkaitan eloklah memberi soalan di luar kuliah atau kelas.

Lemah / lembab dalam penulisan.

Kelemahan ini lebih menjurus kepada kemahiran membentuk tulisan ketika menulis pada waktu pembelajaran ataupun mengambil rujukan. Terkandung juga dalam masalah ini adalah keburukan tulisan pelajar itu sendiri sehingga tidak dapat membaca tulisan sendiri.

Kelemahan lain juga adalah tidak mampu menulis sesuatu perkataan dengan hingga tersalah suku kata dan juga tidak mampu dalam untuk menta’bir sesuatu ayat.

Tidak mengambil manfaat perpustakaan.

Rumah ilmu yang berlimpahan dengan rujukan ini adalah untuk digunakan secara maksimum. Kerana didalamnya terdapat pelbagai rujukan ilmu untuk dimanfaatkan di dalam pembelajaran.

Masa juga amatlah penting untuk pengguanaan perpustakaan. Ada sesetengah pelajar tidak mempunyai masa untuk ke perpustakaan. Oleh itu perlulah pelajar dan penuntut membahagikan masa yang sesuai untuk menjadikan rutin pelajar dan penuntut menggunakan perpustakaan pada hari tertentu.

Tidak menggunakan pemangkin ingatan.

Pemangkin ingatan adalah sesuatu yang amat istimewa yang perlu diasuh oleh pelajar dan penuntut untuk memudahkan ingatan pelajar dan penuntut mengingati terhadap pembelajaran.

Pemangkin ingatan ini digunakan juga untuk diingati dengan lebih lama dan berkesan. Jika tidak digunakan pelajar dan penuntut akan cepat lupa terhadap pembelajaran ataupun pelajaran yang telah dibaca dan yang telah dihafal.

Saturday, July 11, 2009

Lemah dalam mempelbagaikan teknik bacaan.

Setiap bahan bacaan mempunyai berbagai gaya bacaan yang tertentu. Kita semua tentu pernah melihat pemberita membacakan berita, kita juga pernah melihat pencerita bercerita, kita juga pernah melihat bagaimana orang berceramah. Setiap gaya bacaan dan penyampaian berbeza amat ketara sekali.

Adalah penting bagi pelajar dan penuntut mengetahui jalan atau gaya bahasa ketika membaca. Contohnya perbezaan ketika membaca rujukan, surat khabar dan kisah-kisah di dalam buku. Jika pelajar dan penuntut membaca dengan gaya bahasa yang telah dianjurkan memudahkan penghayatan terhadap ilmu pembelajaran yang ingin dingati.

Lemah / lembab dalam bacaan.

Adalah menjadi amalan sesetengah pelajar dan penuntut membaca terlalu perlahan. Ini bukan bermaksud perlahan suara tetapi kelajuan bacaan sesuatu bacaan terlalu perlahan menyebabkan bacaan pelajar dan penuntut lambat dan tidak sesuai dengan proses pembelajaran yang banyak dan padat dengan isi-isi penting.

Bacaan yang lambat juga akan menyebabkan pelajar dan penuntut ketinggalan untuk mengingati isi-isi penting yang lain yang menjadi kebiasaan proses pembelajaran sekarang yang mempunyai isi-isi pembelajaran yang banyak dan perlu menghasilkan kajian, bahas, taqrir, maqalah dan sebagainya. Ini memerlukan kemahiran membaca dengan baik kerana pelajar dan penuntut perlu mencari bahan rujukan. Kemahiran membaca dengan baik sahaja akan membuat pelajar dan penuntut dapat mengahabiskan bacaan bahan rujukan yang begitu banyak dan berkesan.

Kelemahan menyalin nota.

Kelemahan ini adalah bersangkutan dengan kelemahan yang sebelumnya. Jika pelajar dan penuntut mempunyai masalah dalam kemahiran mendengar maka pelajar dan penuntut tersebut akan mempunyai masalah dalam menyalin nota. Kedua kemahiran ini perlu seiring dalan menjalankan tugas mereka jika tida seiring nota yang ditulis tidak akan lengkap.

Ada sesetengah pelajar dan penuntut mempunyai kemahiran mendengar tetapi mempunyai kelemahan dalam menulis nota menyebabkan notanya tidak lengkap walaupun isi-isi penting masih diingati dalam proses pembelajaran tadi. Perkara tersebut adalah lebih baik daripada tidak mempunyai kemahiran mendengar langsung.

Dengan itu perlulah diasuh kemahiran ini untuk mempertingkatkan lagi mutu kefahaman dan penulisan isi-isi ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Walaupun terasa janggal pada mulanya perlulah dingatkan “berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian”.

Kelemahan kemahiran mendengar.

Masalah ini banyak berlaku pada pelajar dan penuntut. Maksud kemahiran mendengar bukanlah bererti dapat mendengar dengan baik dan menghafal semua syarahan guru atau mengingati semua proses pembelajaran.

Kemahiran mendengar adalah pelajar dan penuntut mampu mendengar dengan baik dan dapat mengelaskan isi-isi penting dalam proses pembalajaran. Jika pelajar dan penuntut dapat mengelas isis-isi penting seterusnya dapat mengingati dengan baik isi-isi tersebut menunjukan kemahiran mendengar yang dimiliki pelajar dan penuntut tersebut adalah baik.

Ini adalah penting kerana ketika proses pengajaran oleh guru ataupun pensyarah kerana selain daripada menyalin nota kita juga mengingat kembali bayangan is-isi penting yang yang disampaikan. Ingatlah sesungguhnya pelajar dan penuntut takkan mampu mengingati kesemua proses pembelajaran kecuali isi-isi penting yang diperlukan sahaja.

Thursday, June 25, 2009

PEMILIHAN TEMPAT/ KETIKA PROSES PEMBELAJARAN BERLAKU

Antara faktor kejayaan mengingat fakta ataupun pembelajaran yang telah disampaikan oleh guru atau pensyarah adalah faktor pemilihan tempat. Tempat yang tidak sesuai seperti tempat yang bising menyebabkan tumpuan terhadap bahan bacaan kurang memuaskan ataupun tidak dapat diingati langsung penglihatan, pengdengaran dan pemikiran tertarik ke arah kebisingan tersebut.
Tempat perlulah sesuai dengan suasana pembelajaran, ulangkaji ataupun ujikaji yang dijalankan. Jika tempat tersebut adalah sesuai akan menambahkan daya ingatan serta menjuruskan pemikiran kita ke arah pembelajaran. Tempat yang sesuai juga akan menyebabkan penghayatan kita terhadap ilmu yang dipelajari semakin mendalam dengan tanpa gangguan.

PEMILIHAN WAKTU ATAU JADUAL

Masa itu emas. Masa juga adalah ibarat pedang yang dapat memotong sesuatu kemahuan kita iaitu kejayaan yang kita akan kecapi jika kita tidak menguruskan masa dengan baik.
Pelajar dan penuntut yang menggunakan sistem jadual yang yang mempunyai masa untuk belajar mencukupi akan membolehkan pelajar dan penuntut menguasai pelajaran tersebut dengan berkesan. Amatlah penting pelajar dan penuntut mematuhi segala masa/pelajaran yang telah ditentukan di dalam jadual.
Pemilihan waktu juga penting bagi membolehkan pelajar dan penuntut mengetahui potensi waktu yang sesuai untuk belajar. Jika perlu waktu pagi adalah waktu yang sesuai bagi proses pengajaran kerana waktu pagi adalah waktu yang segar untuk ingatan dan akal seseorang. Tetapi tidak dinafikan juga ada yang mempunyai potensi mengingat memahami dan menguasai pelajaran pada sebelah malam dan juga waktu-waktu lain.
Oleh itu adalah penting pelajar dan penuntut perlu mengetahui waktu pembelajaran yang sesuai dan potensi dirinya memahami dan menguasai pada waktu pembelajaran tersebut.

TIDAK BERSEDIA KE SEKOLAH, KULIAH ATAU INSTITUISI

 Tidak bersedia ke sekolah, ke kuliah, ke instituisi.

Pelajar dan penuntut juga perlu bersedia ke sekolah, kuliah dan instituisi pendidikan. Kesediaan ini adalah amat penting memastikan setiap pengajaran diambil, dicatat, diingati dan dapat di keluarkan kembali ataupun diterangkan kembali kepada orang lain ataupun diri kita sendiri. Jika tidak berada dalam keadaan bersedia akan menyusah pelajar dan penuntut mengikut proses pengajaran yang berlaku. Perkara ini juga akan berulang pada hari seterusnya kerana setiap pelajaran itu bersangkutan di antara satu bab ke satu bab yang lain.
Ini bermakna setiap pelajar dan penuntut perlu bersedia menguasai sepenuhnya pengajaran dalam kelas dan kuliah yang dihadiri.

UNSUR-UNSUR KEGAGALAN MURID DAN PELAJAR

Pelajar gagal adalah perkara yang sememangnya tidak suka didengari oleh semua golongan termasuk ibubapa mereka sendiri. Perkara ini terjadi kerana masalah yang pelbagai. antaranya yang di kupas dalam permasalahan ini adalah..........=

 Tidak berminat dalam pembelajaran.

Ada diantara murid-murid, pelajar dan penuntut tidak sukakan pelajaran. Ini bermakna ini tidak mahu menjadi seorang terpelajar dan terdidik. Ini adalah masalah yang paling kritikal yang perlu ditangani oleh pelbagai pihak terutama orang yang paling hampir dan akrab iaitu ibu bapa, guru dan rakan-rakan. Jika gagasan ini bersatu mengajak, mentarbiah, memerhati serta yang memberi tunjuk ajar yang betul akan membuahkan hasil yang baik.
Perkara yang utama dalam membentuk minat pelajar dan penuntut adalah daripada ibu bapa sendiri. Ia perlu di pupuk dari kecil ibarat pepatah melayu, “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Jika ibu bapa leka dalam memupuk minat tersebut akan menyebabkan kurang minat dalam diri pelajar apabila mula ke intituisi pendidikan kelak.

PENTINGKAH BELAJAR KEMAHIRAN BELAJAR?....................

Semua murid-murid, pelajar dan penuntut mahukan kejayaan dalam pelajaran mereka. Kemahuan itu sudah pun berada dalam hati mereka ketika di sekolah rendah, menengah hinggalah keperingkat pengajian tinggi. Sesiapa sahaja inginkan, impikan kejayaan walaupun mereka merasakan susah ataupun mustahil bagi mereka mengecapi kejayaan tersebut. Ini bermakna kesemua warga pendidikan mahukan kejayaan yang bermakna dan setimpal dengan kesungguhan mereka dalam pembelajaran.

Akan tetapi ramai daripada murid-murid, pelajar dan penuntut dapat mengecapi kejayaan dan mencapai tahap kejayaan yang diinginkan dan ada sebahagian daripada mereka tidak mencapai kejayaan yang telah diusahakan dan ada juga yang berusaha sedikit tetapi memperolehi kejayaan yang tidak diduga oleh kita semua.

Inilah yang akan dibentangkan dalam buku ini dengan menggunakan bahasa melayu kontemporari dan mudah difahami oleh semua golongan. Sekiranya ada komentar akan diterima untuk memperbaiki pandangan penulis yang alpa dengan kesilapan.